SHAH ALAM, 5 MAC: Seramai 3,275 lagi pesakit sembuh daripada wabak Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sembuh sebanyak 286,904.
Kementerian Kesihatan memaklumkan jangkitan baharu Covid-19 dalam negara pula kini 310,097 dengan pertambahan 2,154 kes hari ini.
“Seramai 2,149 individu dalam negara positif Covid-19, lima kes import, enam kematian dilaporkan,” katanya menerusi Facebook.
Kementerian itu juga memaklumkan 184 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi ICU dengan 87 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

BERITA LANJUT MENYUSUL
The post KKM: Lebih 3,000 pesakit sembuh wabak Covid-19 appeared first on Selangorkini.


