Huawei Vision S Series tampil lebih elegan dengan televisyen pintar

TechnologyDigital
27 Mar 2021 • 10:00 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

DENGAN teknologi canggih masa kini, tiada yang mustahil untuk kita berkomunikasi secara virtual dengan orang lain menggunakan skrin televisyen di rumah.

Hanya dengan teknologi canggih Huawei Vision S Series, pengguna jenama China itu boleh beralih daripada telefon pintar dan komputer riba kepada televisyen sahaja.

Ya! Seiring pendekatan strategi Seamless AI Life dan konsep “1+8+N”, Huawei kini lebih keterhadapan dengan produk lebih berinovatif.

image is not available

Bukan sahaja dilengkapi teknologi canggih termasuk kecerdasan buatan (AI) dan Internet of Things (IoT), Huawei Vision S Series dikatakan menjadi tonggak sebuah kediaman pintar.

Ciri menarik yang terdapat pada skrin pintar tersebut membolehkan pengguna merasai pengalaman baharu cukup menakjubkan.

Menurut satu kenyataan Huawei, fitur baharu itu memberi peluang kepada pengguna untuk menikmati kepintaran teknologi yang ditonjolkan.

“Bukan sekadar televisyen biasa semata-mata, kini gajet canggih itu mempunyai fungsi yang pelbagai sekali gus memudahkan urusan kerja di rumah.

image is not available

“Huawei Vision S menjadikan hiburan, terus berhubung dan kecerdasan sebagai terasnya yang mana memenuhi permintaan untuk mewujudkan rumah pintar yang diinginkan,” katanya.

Apa yang menarik lagi mengenai HUAWEI Vision S Series itu? Berikut perinciannya:

1. Huawei Vision S Series didatangkan dengan HUAWEI MeeTime berdefinisi tinggi 1080P bakal memberi pengalaman luar biasa ketika panggilan video.

2. Ciri 13 MP Magnetic Home Camera yang boleh berpusing 180 darjah membolehkan pengguna merakam gambar dan video, seterusnya berkongsi ke telefon pintar.

3. Skrin berdefinisi tinggi segar semula (refresh rate) 120Hz menjamin pengalaman menonton luar biasa berbanding kadar layar biasa.

image is not available

4. Advanced Motion Estimation dan Motion Compensation (MEMC) yang tersedia pada skrin pintar itu juga akan memberikan peralihan pantas dan lancar.

5. The Stunning Colour Solution yang direka khas membolehkan pengguna merasai pengalaman seperti menonton wayang di pawagam.

image is not available

6. Tidak sempurna jika tiada sistem audio canggih kerana Huawei Sound dilengkapi dengan pembesar suara quad 10W, pastinya membuatkan pengguna terus tertawan.

Menarik bukan? Apa tunggu lagi? Pastikan anda menikmati sendiri pengalaman mengujakan bersama Huawei Vision S Series di outlet terpilih.

Untuk maklumat lanjut, layari Huawei Online Store atau laman Facebook rasmi Huawei.

The post Huawei Vision S Series tampil lebih elegan dengan televisyen pintar appeared first on .