Selenggara paip: Orang ramai diminta bersedia alami gangguan bekalan air esok

29 Mar 2021 • 2:10 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 29 MAC: Penduduk di 30 kawasan di Selangor diminta bersedia menerima gangguan bekalan air susulan kerja penyenggaraan paip mulai esok di Persiaran Selangor Seksyen 15, Shah Alam.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan sebelum ini berkata gangguan bekalan air berjadual selama 48 jam akan berlaku mulai jam 9 pagi 30 Mac.

Maklumat gangguan bekalan air di Petaling, Klang dan Shah Alam:

– Kerja pengalihan dan penyambungan paip pada 30 Mac, jam 9 pagi hingga 9 malam
– Membabitkan lima kawasan di wilayah Petaling, Klang (14) dan Shah Alam (11)
– Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada jam 9 pagi, 1 April

Gangguan bekalan air itu susulan kerja penyenggaraan aset utama secara berjadual berdasarkan kelulusan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

The post Selenggara paip: Orang ramai diminta bersedia alami gangguan bekalan air esok appeared first on Selangorkini.