Pekawanis sumbang makanan, barang keperluan penghuni Sinar Kasih

10 Mar 2021 • 9:22 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

HULU SELANGOR, 10 MAC: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) menghulurkan bantuan makanan asas kepada Rumah Sinar Kasih (Pengasih Selangor) hari ini.

Yang Dipertuanya berkata pihaknya turut menyumbang barangan kebersihan diri, keperluan wanita serta pakaian dalam demi menjamin keselesaan penghuninya.

“Antara barang makanan diberikan beras, telur, minyak dan beberapa lagi. Barangan kebersihan pula melibatkan sabun mandian dan syampu selain tuala wanita serta pakaian dalam,” kata Datin Seri Masdiana Muhamad.

Beliau berkata sumbangan terbabit mulanya hanya melibatkan sumbangan peribadi namun beberapa rakan melahirkan hasrat untuk turut serta membantu.

“Saya berharap lebih ramai lagi individu tampil menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan. Bagaimanapun saluran harus dipastikan betul supaya matlamat sasaran tercapai,” katanya.

Rumah Sinar Kasih itu didiami 13 penghuni wanita berusia antara 22 hingga 48 tahun yang kini menerima rawatan akibat penagihan dadah.

Selain dijaga beberapa sukarelawan, mereka turut dipantau beberapa agensi bagi memastikan mereka bebas dadah.

 

 

The post Pekawanis sumbang makanan, barang keperluan penghuni Sinar Kasih appeared first on Selangorkini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved