Sabak Bernam rekod sifar kes baharu Covid-19

4 Mar 2021 • 9:31 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 4 MAC: Tiada jangkitan Covid-19 dilaporkan di Sabak Bernam untuk tempoh dua hari berturut-turut sehingga semalam.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan daerah itu kini diklasifikasikan zon kuning apabila mengumpul 17 kes sepanjang dua minggu sejak 18 Februari.

“Petaling pula kekal mencatat angka tertinggi dengan 340 kes iaitu majoritinya dikesan hasil saringan kontak rapat manakala 97 di Gombak, Klang (62), Hulu Langat (53), Kuala Langat (41), Hulu Selangor (21) serta Sepang dan Kuala Selangor masing-masing 13,” katanya di Facebook.

Semalam, kes Covid-19 di Selangor kekal tiga angka apabila merekod 640 kes dengan 503 daripadanya adalah kluster sedia ada dan saringan kontak rapat, kluster baharu (32), kes import (dua) serta lain-lain saringan (135).

Bagaimanapun, angka itu lebih rendah berbanding bilangan kes sembuh 858.

Keseluruhannya, Malaysia merekodkan 1,745 kes menjadikan jumlah keseluruhan dijangkiti wabak 305,889.

The post Sabak Bernam rekod sifar kes baharu Covid-19 appeared first on Selangorkini.