Vivo Y31 Bakal Tiba Ke Pasaran Malaysia Pada 6 Mac 2021

TechnologyDigital
2 Mar 2021 • 2:11 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Vivo kini dilihat dalam perancangan untuk memperkenalkan sebuah lagi peranti baharu di bawah siri Y untuk pengguna di Malaysia. Peranti pintar berkenaan adalah Vivo Y31 dan ianya disahkan bakal tiba di pasaran tempatan pada Jumaat ini – iaitu 6 Mac 2021.

image is not available

Buat masa ini, tidak banyak maklumat berkaitannya yang dikongsi oleh pihak Vivo Malaysia. Ia sekadar dilihat bakal hadir dengan pilihan memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Malah, seperti siri Y sebelum ini, Vivo Y31 juga dijangka hadir dengan harga yang kompetitif.

image is not available

Vivo Y31 sebelum ini telah dilancarka sekitar Januari lepas di China – dimana ia hadir dengan skrin 6.58-inci IPS LCD FHD+ (2408×1080), dijana cip Snapdragon 662, bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 18W. Konfigurasi kamera utama terdiri dengan 48-Megapixel (utama) + 2-Megapixel + 2-Megapixel. Sementara itu, kamera swafoto pula adalah sebesar 16-Megapixel bersama-sama dengannya.

Buat masa ini, harga jualan masih tidak diketahui dan dijangka diumumkan secara rasminya pada 6 Mac ini.