iQOO Neo 5 Diperkenalkan Dengan Snapdragon 870 Dan Skrin 120Hz

TechnologyDigital
16 Mar 2021 • 11:06 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

iQOO kini  telah memperkenalkan telefon terbaru mereka dibawah siri Neo, iaitu iQOO Neo 5 5G.

iQOO Neo 5 ini hadir dengan skrin  6.62-inci AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz, dijana cip  Snapdragon 870, memori sehingga 12GB RAM dan storan sehingga 256GB.

image is not available

Melengkapkan peranti ini adalah kamera utama 48-megapixel dibelakang,  dengan sensor 13MP ultra-lebar, 2MP mono, selain kamera swafoto 16-megapixel dihadapan.

Telefon pintar ini menggunakan  bateri 4400mAh dengan pengecasan 66W, selain turut dilengkapi pengimbas cap jari pada skrin.

Buat masa ini, iQOO Neo 5 5G hanya diumumkan untuk pasaran China sahaja, dan ditawarkan pada harga bermula 2499 Yuan, iaitu  sekitar RM1580 mengikut kadar tukaran mata wang semasa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved