Covid-19: 1,219 kes baharu, Selangor rekod tertinggi

17 Mar 2021 • 4:58 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 17 MAC: Sebanyak 1,219 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini naik sedikit berbanding 1,063 kes semalam, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata tiga negeri mencatatkan kes tiga angka iaitu Selangor membabitkan 499 kes, Sarawak (225) dan Johor (169).

Negeri lain iaitu Pulau Pinang mencatat 69 kes, Kuala Lumpur (54), Negeri Sembilan (46), Perak (36), Sabah (31), Kedah (26), Kelantan (19), Melaka (20), Terengganu (15).

“Manakala Putrajaya mencatatkan lima kes sementara Pahang merekodkan tiga kes, sementara masing-masing satu kes di Labuan dan Perlis,” tulisnya di Twitter.

Kes tertinggi dilaporkan pada 30 Januari lalu membabitkan 5,729 kes.

image is not available

The post Covid-19: 1,219 kes baharu, Selangor rekod tertinggi appeared first on Selangorkini.