Indonesia tutup akaun Michat tawar khidmat seks

26 Mar 2021 • 5:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

JAKARTA - Pemerintah Indonesia bertindak menutup akaun aplikasi Michat yang diletakkan status atau hashtag 'BO' dalam membanteras kegiatan pelacuran dalam talian di republik berkenaan.

BO atau bermaksud 'open booking' itu menjadi istilah popular di Indonesia, bagi menawarkan perkhidmatan seks secara terbuka di aplikasi berkenaan.

Menteri Komunikasi dan Informatika Indonesia Johnny G Plate dalam satu kenyataan berkata, kementeriannya telah mendapat komitmen daripada penyelenggara aplikasi Michat yang berasal dari China itu, bagi menyekat dan menutup akaun-akaun Michat yang digunakan untuk tujuan pelacuran.

Selain BO, status dan hashtag yang sering digunakan mereka yang menawarkan perkhidmatan seks menerusi dalam talian itu adalah #OpenBO, #VCS dan #ChatSex.

Berdasarkan pemantauan kementerian itu, lebih 1 juta akaun Michat dikesan terbabit dalam menawarkan kegiatan pelacuran menerusi dalam talian di republik berkenaan. - Bernama