Air Selangor tawar kursus tukang paip bertauliah

7 Mar 2021 • 12:17 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 7 MAC: Individu yang kehilangan pekerjaan susulan pandemik Covid-19 ditawar mengikuti kursus menjadi tukang paip bertauliah.

Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berkata peserta yang menyertai Kursus Kemahiran Perantis Tukang Paip akan menerima sijil Pencapaian Akademi Binaan Malaysia dan Kemahiran Pembinaan CIDM.

“Jangan lepaskan peluang keemasan ini, kerjaya baharu sebagai tukang paip pastinya membuka pintu rezeki untuk anda dan keluarga yang tersayang,” katanya menerusi Facebook.

Tambahnya, mereka yang berminat boleh mengisi borang yang boleh dimuat turun di http://www.airselangor.com/media/sesama-mara/.

“Isikan maklumat anda dan sertakan dokumen atau notis pemberhentian kerja dari majikan dan seterusnya e-mel ke communication@airselangor.com,” katanya.

The post Air Selangor tawar kursus tukang paip bertauliah appeared first on Selangorkini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved