Sistem Tambatan Pantas Android “Fast Pair” Kini Menyokong Peranti Boleh Pakai – Bermula Dengan Fitbit

TechnologyDigital
17 Mar 2021 • 7:05 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sistem tambatan pantas dipopularkan oleh Apple, melalui kemampuan AirPods ditambat kepada iPhone dengan pantas tanpa perlu ke tetapan Bluetooth dan sebagainya. Sistem tambatan pantas Apple juga mempunyai antaramuka khas, di mana tetingkap terapung dengan butiran AirPods dipaparkan. Sistem ini digemari orang ramai dan Android mula cuba hadir dengan versi tersendiri.

image is not available

TWS untuk peranti Android banyak sahaja yang boleh mengingati peranti yang telah ditambat. Jadi apabila selesai pakai dan sudah disimpan, sebaik sahaja penutup pod pengecas dibuka ia boleh terus tertambat secara automatik. Tetapi sistem baharu yang diperkenalkan Google untuk sistem operasi Android, Fast Pair dilihat efisien dan mungkin mampu bersaing dengan AirPods dan Apple. Tahun lepas, Fast Pair dikemaskini dengan kemampuan penjejakan lokasi, notifikasi bateri untuk fon telinga kiri/kanan, bateri pod pengecasannya dan antaramuka baharu yang memaparkan pelbagai tetapan dan butiran.

image is not available

Baru-baru ini, Fast Pair dilihat mula hadir dengan antaramuka yang lebih segar. Ia lebih dekat dengan konsep yang Apple perkenalkan seperti memaparkan nama produk, imej produk, dan butang untuk menambat. Google turut secara senyap memperkenalkan perkara baru, iaitu tambatan pantas kini boleh dilakukan pada penjejak kesihatan atau jam tangan pintar. Produk awal dilihat adalah Fitbit, yang mana kini adalah milik Google. Berbeza dengan aksesori audio, untuk Fitbit ia memaparkan butang untuk memulakan tetapan dan sebaik sahaja ditekan ia akan membuka aplikasi Fitbit.