170 anggota bomba negeri terima suntikan vaksin fasa pertama

5 Mar 2021 • 11:36 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 5 MAC: Seramai 170 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor akan menerima suntikan vaksin fasa pertama dalam program imunisasi Covid-19.

Pengarahnya Norazam Khamis memaklumkan proses suntikan dilakukan secara berperingkat mulai 16 Mac di beberapa pusat kesihatan daerah (PKD), lapor Kosmo.

Jelasnya, PKD itu meliputi Petaling, Kuala Selangor, Kuala Langat, Sepang dan Klang yang dijangka selesai awal April.

“Kita berusaha untuk meminta semua anggota disuntik kerana berhadapan dengan pelbagai individu atau mangsa yang tidak diketahui tahap kesihatannya terutama dalam pandemik Covid-19,” katanya.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar memaklumkan seramai 68,677 individu menerima suntikan vaksin fasa pertama di Selangor melibatkan tiga kategori petugas hadapan.

Dato’Seri Amirudin Shari berkata kategori pertama meliputi 37,151 petugas Kementerian Kesihatan Malaysia, kategori kedua merangkumi 14,357 petugas petugas di klinik dan hospital swasta.

Manakala, kategori ketiga iaitu 17,169 lagi untuk petugas hadapan bukan kakitangan perubatan seperti bomba dan polis.

The post 170 anggota bomba negeri terima suntikan vaksin fasa pertama appeared first on Selangorkini.