Kini Anda Boleh Mendaftar Untuk Suntikan Imunisasi COVID-19 Melalui Laman Web Dan Panggilan Telefon

WorldTechnologyDigitalSpace
5 Mar 2021 • 5:13 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin hari ini telah mengumumkan bahawa rakyat Malaysia kini mempunyai dua lagi cara untuk mendaftar slot suntikan imunisasi COVID-19 bermula hari ini.

image is not available

Selain daripada pendaftaran melalui aplikasi MySejahtera, hari ini rakyat Malaysia boleh ke laman web VaksinCOVID yang dibangunkan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Bekalan Vaksin COVID-19, ataupun melalui panggilan telefon di 1-800-888-828.

Melalui laman web VaksinCOVID yang kini telah aktif, pengguna hanya perlu memuatkan butiran seperti nama, alamat rumah, nombor kad pengenalan, nombor telefon, emel dan sebagainya sama seperti butiran yang diminta melalui aplikasi MySejahtera.

Ia dijangka bahawa melalui talian panggilan yang diberikan, pihak JKJAV juga akan meminta butiran-butiran yang sama daripada mereka yang ingin mendapatkan suntikan imunisasi ini.