Hulu Langat catat kes Covid-19 tertinggi empat hari berturut-turut

13 Mar 2021 • 8:54 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 13 MAC: Sebanyak 333 kes baharu Covid-19 direkodkan di Hulu Langat hari ini, turun berbanding 428 kes yang dicatatkan semalam.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan daerah terbabit kekal merekodkan angka kes tertinggi untuk tempoh empat hari berturut-turut.

“Majoriti kes dikesan hasil saringan kontak rapat iaitu mukim Ampang (129), Kajang (103), Cheras (69), Semenyih (23), Hulu Langat (tiga) dan Beranang (satu) manakala empat kes penjara serta satu jangkitan import,” katanya di Facebook.

Sementara itu, sebanyak 67 kes dikesan di Petaling, Gombak (58), Klang (33), Kuala Langat (32), Sepang (14), Kuala Selangor (sembilan), Hulu Selangor (lima) manakala tiada jangkitan di Sabak Bernam.

Hari ini, kes sembuh di Selangor meningkat kepada 787 sekali gus mengatasi kes baharu iaitu 551.

Keseluruhannya, Selangor mencatat 108,419 kes sejak wabak melanda.

The post Hulu Langat catat kes Covid-19 tertinggi empat hari berturut-turut appeared first on Selangorkini.