Realme C25 Bakal Dilancarkan Pada Minggu Hadapan Di Indonesia

TechnologyDigital
16 Mar 2021 • 6:55 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Realme baru sahaja memperkenalkan Realme C21 pada awal bulan ini, dan kini sudah pun dalam perancangan untuk memperkenalkan Realme C25 pada minggu hadapan.

Buat masa ini, Realme C25 dilihat akan diperkenalkan di Indonesia sahaja, dan mungkin akan mengambil masa beberapa minggu atau bulan lagi.

Mengikut penyenaraian, Realme C25 dilihat akan hadir dengan skrin 6.5-inci bertakuk, dijana cip Helio G70, dan bateri berkapasiti 6000mAh bersama pengecasan 18W.

image is not available

Melengkapkan telefon pintar ini juga adalah tri-kamera belakang dengan sensor utama 48-megapixel, selain pengimbas cap jari yang diletakkan di bahagian belakang.

Buat masa ini, ia tidak  diketahui lagi bilakah Realme C25 ini akan dilancarkan untuk pasaran Malaysia.