Polis siasat majlis nikah Neelofa langgar SOP

28 Mar 2021 • 11:38 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 28 MAC: Polis membuka kertas siasatan berhubung majlis pernikahan pelakon, Neelofa dengan pendakwah bebas, PU Riz yang didakwa melanggar tatacara operasi piawai (SOP).

Ketua polis Daerah Dang Wangi berkata siasatan awal mendapati majlis itu gagal mematuhi SOP ditetapkan dan tiada penjarakan fizikal, lapor Berita Harian.

“Susulan itu kita akan memanggil penganjur bagi membantu siasatan,” kata Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Semalam, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor dan PU Riz (Muhammad Haris Mohd Ismail) dinikahkan adik Neelofa iaitu Mohd Aqief Mohd Noor.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dijemput membacakan khutbah nikah dan tazkirah ringkas.

The post Polis siasat majlis nikah Neelofa langgar SOP appeared first on Selangorkini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved