Jelajah Kita Selangor dijangka diteruskan di Kuala Langat, Kapar

8 Mar 2021 • 7:55 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

AMPANG, 8 MAC: Dato’ Menteri Besar mahu meneruskan Jelajah Kita Selangor ke Parlimen Kuala Langat dan Kapar dalam masa terdekat bagi menyelami isu di kawasan itu.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata perkara tersebut akan diputuskan minggu hadapan bergantung pada keutamaan dan kekosongan jadual.

“Kita sedang nilai semula mungkin ke Kuala Langat atau Kapar tetapi saya akan cuba setiap minggu sekurang-kurangnya sehari untuk turun padang di seluruh parlimen untuk bertemu penduduk.

“Kita mahu lihat isu-isu kritikal dibangkitkan penduduk di kawasan terbabit dan mencari tindakan segera,” katanya selepas mengadakan jelajah hari kedua di Parlimen Ampang di sini semalam.

Pada Sabtu, Amirudin memulakan jelajah siri pertama di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya diikuti DUN Bukit Antarabangsa semalam.

Acara tradisi itu dilaksanakan dengan tatacara operasi piawai (SOP) ketat bagi mengelak penularan Covid-19.

The post Jelajah Kita Selangor dijangka diteruskan di Kuala Langat, Kapar appeared first on Selangorkini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved