Menang hadiah wang tunai dan bayaran bil bersama Era, Sinar & Gegar

Entertainment
25 Mar 2021 • 5:56 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

BERMULA hari ini sehingga 9 April, pendengar setia stesen radio Era, Sinar dan Gegar FM, boleh menyertai tiga peraduan berbeza di ketiga-tiga stesen radio itu.

Stesen radio Era mempertaruhkan ‘The Masked Rapper ERA’ yang dibawakan oleh Nior di udara dan berpeluang menang hadiah wang tunai bernilai RM150 dalam setiap pusingan.

image is not available
Peserta hanya perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara, teka tajuk lagu yang dirap oleh Luca Sickta dan Kmy Kmo, dua penyanyi rap tempatan, apabila mendengar klip lagu dimainkan di udara.

Peserta juga boleh mendapatkan pembayang menerusi ‘IG Stories’ ERA, jawapan yang betul akan menerima hadiah wang tunai bernilai RM150 dan wang tunai akan digandakan ke pusingan seterusnya untuk setiap jawapan yang salah.

Di stesen radio Sinar FM pula, para pendengar boleh memenangi sebahagian wang tunai bernilai RM8000 dengan peraduan ‘Betulkan Lirik SINAR’ dari sekarang hingga 26 Mac di udara.

image is not availablePeserta perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara menerusi segmen Pagi Di SINAR bersama Jep, Angah dan Rahim.

Mereka akan menyanyikan baris lagu dan peserta perlu meneka perkataan yang tidak dinyanyikan. Jika jawapan betul, peserta akan membawa pulang wang tunai sekurang-kurangnya RM200 atau jumlah wang yang terkumpul seperti yang diberitahu oleh personaliti Sinar.

Sementara itu, para peminat Gegar boleh ambil bahagian dalam ‘GEGAR Bayar Bil 2.0’, yang dibawakan oleh Susu Maeez dari sekarang hingga 8 April menerusi laman rasmi Gegar di gegar.my untuk peluang menerima bantuan pembayaran bil berjumlah RM200.

image is not availableHanya lengkapkan maklumat peribadi beserta maklumat bil yang ingin dibayar oleh pihak GEGAR di laman web. Jumlah pada satu bil yang dilampirkan itu perlu bernilai RM200 atau lebih rendah.

The post Menang hadiah wang tunai dan bayaran bil bersama Era, Sinar & Gegar appeared first on .