Konsol Nintendo Game Boy Diubahsuai Untuk Melombong Bitcoin

TechnologyDigital
30 Mar 2021 • 12:01 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Konsol permainan video Nintendo Game Boy boleh dikatakan konsol permainan mudah-alih yang paling terkenal di dunia. Dilancarkan pada tahun 1989, Game Boy ini sedikit sebanyak telah mencorakkan zaman membesar kanak-kanak sekitar era 1990an, dan telah dijual sebanyak berjuta-juta unit.

Ia agak menarik untuk melihat konsol ini pada tahun 2021, tetapi apa yang berbeza kali ini, seseorang telah berjaya mengubahsuai sebuah Game Boy untuk melombong kriptowang Bitcoin. Individu tersebut, yang bernama stacksmashing telah berjaya melakukan perkara tersebut dengan beberapa peralatan tambahan.

Untuk melombong kriptowang, sambungan ke Internet diperlukan, dan oleh kerana Game Boy ini tidak mempunyai sebarang cara untuk melakukan demikian, konsol tersebut disambungkan ke sebuah Raspberry Pi menggunakan pengantara Serial Peripheral Interface.

image is not available

Raspberry Pi tersebut membekalkan sambungan internet ini, dan beberapa pengubahsuaian tambahan digunakan untuk membolehkan cip pemprosesan didalam konsol permainan tersebut untuk melombong kriptowang.

Nilai yang boleh dilombong tidaklah banyak mana, tetapi sebagai sebuah konsep, kita boleh lihat bahawa cip pemprosesan tersebut mampu melakukan apa yang perlu untuk melombong kriptowang tersebut.

Jika anda berminat untuk mengetahui proses penuh tentang bagaimana stacksmashing berjaya melombong kriptowang menggunakan konsol Nintendo Game Boy, anda boleh menonton videonya di sini:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved