Amaran ribut petir, angin kencang di seluruh negara mulai 16 Mac

12 Mar 2021 • 2:31 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KUALA LUMPUR, 12 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan beberapa kawasan di seluruh negara dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dalam jangka masa singkat, khususnya pada waktu petang dan awal malam, bermula 16 Mac ini hingga pertengahan Mei, berikutan fasa peralihan monsun.

Ketua Pengarah MetMalaysia Jailan Simon berkata keadaan cuaca itu yang menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut yang bermula pada 11 November lepas, dijangka berlaku di kebanyakan kawasan di negeri pantai barat dan pedalaman Semenanjung serta barat Sabah dan tengah Sarawak.

“Keadaan cuaca ini berpotensi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai agar lebih berwaspada sepanjang tempoh berkenaan selain sentiasa peka dengan ramalan serta amaran cuaca yang dikeluarkan MetMalaysia.

Maklumat terkini cuaca boleh disemak melalui laman web rasmi, aplikasi mobil myCuaca, laman media sosial rasmi atau talian hotline 1-300-22-1638.

-BERNAMA

 

The post Amaran ribut petir, angin kencang di seluruh negara mulai 16 Mac appeared first on Selangorkini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved