Twitter Spaces Akan Hadir Dengan “Tip Jar” – Memberi Tip Kepada Hos

TechnologyDigital
12 Mar 2021 • 12:30 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Twitter Spaces adalah jawapan Twitter kepada Clubhouse. Ia adalah konsep baharu media sosial di mana pengguna berinteraksi melalui audio sahaja. Seperti Clubhouse, pada awal Spaces terhad kepada pengguna iOS dan pengguna Android hanya boleh mendengar tetapi tidak boleh menjadi hos. Baru-baru ini, Twitter Spaces mula berkembang kepada lebih ramai pengguna dan hanya akan terbuka kepada semua orang bermula April kelak.

image is not available

Terkini, melalui peniris fungsi dan ciri aplikasi media sosial popular Jane Manchun Wong Twitter Spaces dilihat akan hadir dengan Tip Jar. Ia adalah fungsi memberi tip kepada hos Spaces. Twitter dilihat akan mengintegrasikan perkhidmatan Bandcamp, Cash App, Patreon, PayPal, dan Venmo. Ini adalah cara untuk memberi “upah” kepada hos dan juga cara menjana pendapatan sampingan. Jadi, jika anda rasakan sesi Spaces itu seronok, bermanfaat dan membantu anda – mungkin memberi sedikit upah adalah satu penghargaan yang baik?

image is not available

Kemudian, melalui TestingCatalog ciapan pautan menyertai Spaces akan berubah menjadi kad interaktif di mana pengguna boleh lihat informasi mengenai hos, ahli panel atau juga peserta. Kemudian, kad ini boleh dikongsi terus ke Fleet. Dalam ujian awal kami, Twitter Spaces masih tidak dapat bersaing lagi dengan Clubhouse. Spaces masih awal dan banyak ciri dan fungsi menarik membuatkan pengguna setia kepada Clubhouse. Sama-sama kita nantikan kehadiran Spaces.