Google Dan Facebook Membina Dua Kabel Dasar Laut Menyambungkan Amerika Syarikat, Indonesia Dan Singapura

TechnologyDigital
30 Mar 2021 • 9:48 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Ekonomi dunia kini amat bergantung kepada infrastruktur yang mantap untuk menarik minat pelabur ke negara. Antara infrastruktur paling penting pada waktu ini ialah sambungan Internet yang pantas. Bagi menunjukkan komitmen mereka kepada pelaburan di Indonesia dan Singapura, Google serta Facebook mengumumkan pembina dua kabel dasar laut yang akan menyambungkan kedua-dua negara ke Amerika Syarikat.

image is not available

Kabel dasar laut Echo dan Bifrost akan meningkatkan trafik trans-Atlantik sehingga 70% apabila memulakan operasi menjelang 2023. Dengan sambungan Internet yang lebih pantas, perkhidmatan Internet yang lebih baik akan dinikmati oleh penduduk di Indonesia timur dan tengah. Kedua-dua kabel ini juga akan menyokong pusat data di Facebook dan Google Cloud di Singapura.

Menerusi kerjasama dengan syarikat telekomunikasi tempatan Alita, kabel gentian optik sepanjang 3,000 kilometer akan dipasang di 20 bandar di Bali, Jawa, Kalimantan dan Sulawei untuk meningkatkan akses kepada Internet halaju tinggi di Indonesia.

Sumber Facebook dan Google Cloud

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved