Berita baik buat pengguna Twitter khususnya penggiat seni lukisan dan fotografi, Twitter hari ini mengumumkan akan memulakan ujian untuk membolehkan penggunanya berkongsi serta melihat media di Twitter dengan kualiti yang lebih baik.
Yang menariknya ciri ini bakal membenarkan pengguna OS dan Android yang terpilih untuk memuat naik foto berkualiti tinggi sehingga resolusi 4k.
Jadi mereka yang terpilih akan melihat ciri tersebut melalui tetapan di data usage iaitu : Settings and Privacy > General > Data Usage.

Menerusi tetapan tersebut pengguna juga diberi pilihan :
- untuk menutup ciri tersebut
- mengaktifkannya semasa menggunakan wifi sahaja atau
- mengaktifkannya semasa menggunakan dan dan WiFi
Selain itu mereka juga sedang menguji ciri yang dapat mengekalkan orientasi asal foto sama ada dalam bentuk potrait (menegak) atau landscape (melintang)
Foto menegak (potrait)

Foto melintang (landscape)

Now testing on Android and iOS: when you Tweet a single image, how the image appears in the Tweet composer is how it will look on the timeline –– bigger and better. pic.twitter.com/izI5S9VRdX
Perkongsian tersebut menarik perhatian ramai penggunanya khususnya penggiat seni lukisan dan fotorgrafi meskipun Twitter tidak memaklumkan bila semua pengguna akan dapat menggunakan fungsi ini.
Dalam masa ada juga segelintir yang turut meminta Twitter untuk menambahbaik kualiti video yang dikongsikan di platform mereka.



