Harga Samsung Galaxy A12 Dikemaskini Ke RM699

TechnologyDigital
22 Mar 2021 • 6:25 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung mengumumkan harga jualan rasmi untuk Samsung Galaxy A32, Galaxy A32 5G, Galaxy A52 dan Galaxy A72 hari ini. Serentak dengan pengumuman empat peranti ini untuk pasaran Malaysia, Samsung Galaxy A12 kini ditawarkan pada harga RM699 – potongan RM100 dari harga asal sehingga 11 April sahaja.

image is not available

Samsung Galaxy A12 hadir dengan skrin 6.5-inci PLS TFT LCD HD+, dilengkapi cip lapan teras, memori 6GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri 5,000mAh dengan pengecasan 15W. Sistem kuad-kamera utamanya terdiri dengan konfigurasi 48-Megapixel + 5-Megapixel + 2-Megapixel + 2-Megapixel. Sementara, kamera hadapan pula sebesar 8-Megapixel.