Krisis Kekurangan Cip Bakal Mendatangkan Impak Ke Atas Pengeluaran Realme Dan Xiaomi

TechnologyDigital
1 Mar 2021 • 6:13 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Krisis kekurangan cip kini melanda dunia kerana permintaan yang jauh lebih tinggi berbanding kemampuan pengeluaran. Akibatnya pengeluar telefon pintar, tablet, komputer, PlayStation 5 dan kereta telah terjejas teruk di skala global. Bagi Realme dan Xiaomi pula, ia akan menjejaskan pengeluar peranti mereka tahun ini.

image is not available

Menerusi Gizmochina yang memetik laporan laman Yicai, eksekutif di Realme kini mengatakan isu kekurangan cip untuk telefon adalah serius kerana sudah kehabisan stok. Sementara itu Lu Weibing, presiden Xiaomi turut mengatakan isu kekurangan cip sekarang adalah ekstrem. Qualcomm dipercayai mengalami kelewatan bahan mentah untuk menghasilkan cip sehingga 30 minggu. Kelewatan dalam pengeluar cip audio pula kini mencecah 33 minggu.

Cip bukan sahaja diperlukan untuk pemproses tetapi juga untuk litar skrin, sistem kawalan bateri dan sistem frekuensi radio. Dengan pengeluar peranti ini mencatatkan peningkatan jualan berbanding 2020, proses ini mungkin akan menjadi sukar kerana kekurangan cip yang boleh digunakan.