Alat Kawalan PS VR Untuk PlayStation 5 Diperlihatkan

TechnologyGamingDigital
19 Mar 2021 • 10:41 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sony akan melancarkan peranti realiti maya Playstation VR generasi terkini khusus untuk PlayStation 5. Mereka masih berahsia mengenai tarikh dan spesifikasinya. Tetapi hari ini mereka menyelak sedikit tabir misteri dengan memperlihatkan rekaan alat kawalan jauh yang akan digunakan.

image is not available

Alat kawalannya mirip yang digunakan pada peranti realiti maya lain seperti HTC Vive dan Oculus Quest. Terdapat penghadang berbentuk bulat yang akan digunakan untuk menjejak pergerakan tangan serta melindungi tangan jika terlanggar objek dunia sebenar. Ia turut menggunakan teknologi bicu Haptic Trigger, timbal balas Haptic Feedback dan kemampuan mengesan pergerakan pemakai pada skala bilik.

image is not available

Kelebihan sistem baharu ialah ia tidak lagi memerlukan kamera seperti PS VR generasi lalu. Sebaliknya pergerakan akan dijejak menerusi kamera pada set kepala itu sendiri. Sekali lagi teknologi realiti maya PC digunapakai pada konsol. Pada generasi lalu, realiti maya gagal mendapat sambutan dari pengguna kerana visual yang kurang memuaskan serta kurangnya jumlah permainan. Dengan PS VR generasi kedua, diharap kesilapan lalu tidak diulang.