Warga emas 32 pusat jagaan jalani Saringan Komuniti setakat Februari

5 Mar 2021 • 4:33 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 5 MAC: Seramai 894 warga emas daripada 32 pusat jagaan menjalani saringan Covid-19 secara bersasar anjuran Kerajaan Selangor setakat Februari.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata ujian secara percuma itu juga giat dilaksana di lapan lokasi membabitkan 3,458 individu sepanjang bulan lalu.

“Ujian ini akan terus dilaksanakan di serata Selangor. Tarikh dan lokasi yang berikutnya akan diumumkan menerusi media sosial saya dan Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) dari semasa ke semasa,” tulisnya di Facebook.

Kerajaan Selangor memperuntuk RM6 juta bagi meneruskan Saringan Komuniti Covid-19 secara percuma di seluruh negeri untuk membendung wabak.

Inisiatif bermula tahun lalu dijangka memanfaatkan 50,000 penduduk negeri ini yang menumpukan golongan berisiko tinggi dan berpendapatan rendah serta mahasiswa.

image is not available

The post Warga emas 32 pusat jagaan jalani Saringan Komuniti setakat Februari appeared first on Selangorkini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved