Lebih RM500,000 jayakan Jelajah Kita Selangor Ramadan di Gombak

20 Apr 2021 • 8:20 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SELAYANG, 20 APRIL: Kerajaan Selangor memperuntukkan lebih RM500,000 bagi menjayakan program Jelajah Kita Selangor Ramadan daerah Gombak.

Dato’ Menteri Besar berkata jumlah itu membabitkan agihan bantuan kepada surau, badan kebajikan serta agensi kerajaan.

“Dari jumlah itu, hampir RM400,000 disumbangkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak bagi menaik taraf sistem pendawaian serta kemudahan lain.

“Menerusi program ini, kita dapat berjumpa dengan pihak yang telah membantu pengurusan Kerajaan Negeri di peringkat daerah,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari ketika ditemui, malam tadi.

Menurutnya program dibiayai Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) berkenaan akan diteruskan melibatkan daerah Klang.

“Kita harap program ini akan diteruskan untuk membolehkan organisasi atau persatuan menjalankan kegiatan mereka,” katanya.

 

The post Lebih RM500,000 jayakan Jelajah Kita Selangor Ramadan di Gombak appeared first on Selangorkini.