Covid-19: Kes baharu dan sembuh kekal empat digit, lima maut

2 Apr 2021 • 6:46 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 2 APRIL: Kes baharu dan sembuh jangkitan Covid-19 hari ini kekal empat angka dengan catatan 1,294 kes baharu dan 1,442 pulih.

Ketua pengarah kesihatan berkata berdasarkan jumlah itu menjadikan keseluruhan kes baharu dalam negara ialah 347,972, manakala 332,443 sembuh.

“Sebanyak 1,268 merupakan kes tempatan melibatkan 897 warganegara dan 371 warga asing. Sementara 26 jangkitan lagi adalah kes import.

“Terdapat lima kematian menjadikan jumlah keseluruhan maut akibat wabak ialah 1,283 orang,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan di Facebook.

Beliau menambah seramai 168 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 78 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

image is not available

The post Covid-19: Kes baharu dan sembuh kekal empat digit, lima maut appeared first on Selangorkini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved