Ikan laga jadi inspirasi Atilia Haron lahirkan koleksi batik buat individu aktif

Entertainment
2 Apr 2021 • 4:58 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

PENYANYI

Usahasama ini menampilkan koleksi tikar senaman dan beberapa aksesori fesyen berteraskan batik yang bertujuan bagi menggalakkan gaya hidup sihat untuk orang ramai selama tempoh PKP dan pendemik Covid-19 menular.

“Ada sebab mengapa saya memilih rekaan dan variasi rona yang kuat ini. Pertamanya kerana saya percaya ia membawa kuasa yang cukup bertenaga. “Bukan sahaja kepada individu yang menggunakan produk keluaran saya ini, malahan juga barisan penggiat seni yang terlibat di dalam penghasilan rekaan bagi koleksi saya ini. “Ketika musim di mana sanitasi dan kebersihan menjadi perkara utama dalam hidup, inilah masa yang terbaik untuk memiliki tikar senaman sendiri ke studio atau pusat gimnasium apabila hendak melakukan senaman fizikal seperti Yoga,” kata Atilia.

“Kami menyifatkan, kimono ini sangat praktikal dan selesa digayakan. Misalnya apabila ada kelas senaman seawall jam 7 pagi ataupun untuk keluar bertemu rakan dan minum kopi. “Adakah penampilan kita sempurna tanpa menggayakan pelitup wajah? Saya tak rasa ianya lengkap. Jadi saya bersama Batik Boutique, turut melahirkan rekaan pelitup wajah bagi keselamatan dari jangkitan Covid-19,” kata Atilia lagi.

image is not available

“Jadi menerusi koleksi ini juga, kami melahirkan set lakaran canting ikan Betta yang dapat membuatkan diri anda lebih santai dan dalam masa yang sama dapat menunjukkan bakat melukis anda di dalam DIY Batik Painting Kit. “Set melukis ini hadir dengan kelengkapan untuk melukis. Apa yang anda perlukan hanyalah segelas air untuk berus dan juga waktu terluang. “Anda juga boleh membuat sesi melukis anda lebih bernilai kerana di dalam set melukis ini memiliki panduan untuk anda memulakan sesi melukis. Mudah kan?” kata Atilia.

Cepat sangat ibu, rasa macam mimpi.. – Linda On kongsi kehilangan ibunya tiga minggu lalu

“Atilia X Batik Boutique bukanlah sekadar koleksi Yoga. Tetapi setiap rekaan yang dimiliki dari koleksi ini memberikan kesan yang mendalam kepada para pencinta seni yang menghasilkan koleksi ini. “Setiap produk memiliki cerita tersendiri, decanting oleh pelukis tempatan dan dijahit oleh dihasilkan oleh sekumpulan wanita terpinggir tempatan. “Cerita yang amat bermakna dalam setiap produk ini akan kekal selama-lamanya,” katanya.

Ayuh! Dapatkan koleksi ini secara online dan di butik Batik Boutiqiue. Bak kata Atilia kepada semua ‘be happy and kind’.

The post Ikan laga jadi inspirasi Atilia Haron lahirkan koleksi batik buat individu aktif appeared first on .