50,000 Komputer Riba Akan Diberikan Kepada Pelajar Menjelang Mei

TechnologyDigital
25 Apr 2021 • 5:50 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Ketika belanjawan 2021 diumumkan, kerana menjanjikan pemberian 150,000 komputer riba bernilai RM150 juta kepada pelajar yang memerlukan. Orang ramai mula mempersoalkan pemberian komputer riba di bawah tabung CERDIK ini kerana tiada maklumat rasmi mengenai jumlah komputer riba yang tela diberikan walaupun program dikatakan bermula Februari lalu.

image is not available

Hari ini CERDIK mengumumkan sebanyak 13,000 peranti telah diedarkan oleh Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) kepada Pejabat Pendidikan Daerah di beberapa negeri. Dari jumlah ini 1000 telahpun diberikan kepada pelajar yang layak. CERDIK menyasarkan sekurang-kurangnya 50,000 peranti akan diberikan kepada pelajar menjelang penghujung Mei ini dengan bakal 100,000 lagi peranti akan diberikan menjelang September.

Kesemua peranti yang diedarkan akan menerima sokongan kemas kini selama tiga tahun bagi menyokong pembelajaran akademik di sekolah. Pemberian peranti ini adalah bertepatan dengan beberapa sekolah mula ditutup semula dengan peningkatan jangkitan COVID-19 sejak seminggu kebelakangan ini. Sekiranya angka tidak dapat dikawal, pembelajaran PDPR perlu dilakukan semula dan kesemua isu yang berlaku seperti di awal tahun ini pastinya akan berulang semula tanpa campur tangan proaktif dari pihak kerajaan dan Kementerian Pendidikan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved