1,285 kes baharu, Selangor catat kes tertinggi

8 Apr 2021 • 4:44 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

PUTRAJAYA - Sebanyak 1,285 kes positif baharu Covid-19 dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Khamis. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, Selangor kembali melaporkan kes tertinggi dengan 374 kes. Sarawak merekodkan 211 kes diikuti Pulau Pinang (162), Kuala Lumpur (120), Sabah (106) dan Johor (101). "Kelantan (87), Kedah (31), Perak (24), Putrajaya (19), Pahang (12), Melaka (11), Terengganu (11), Labuan (tiga) dan Perlis (satu)," katanya menerusi laman Twitter rasminya pada Khamis. AKAN MENYUSUL