Mesin Basuh Fon Telinga Ingin Memudahkan Membersihkan Fon Telinga Anda

TechnologyDigital
9 Apr 2021 • 11:52 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Fon telinga nirwayar telah menjadi salah satu trend masa kini, dan digunakan ramai pengguna seluruh dunia. Apa pun, salah satu masalah yang mungkin tidak disukai oleh pengguna fon telinga nirwayar adalah ketika perlu membersihkannya.

Terbaru, salah satu projek di Kickstarter yang ingin membantu memudahkan proses berkenaan adalah Cardlax EarBuds Washer.

Ia merupakan sebuah “mesin basuh” untuk fon telinga. Anda hanya perlu memasukkannya dalam bekas yang disediakan, dan seterusnya menjalankan ia. Mesin berkenaan akan melakukan beberapa putaran, sekaligus membersihkan fon telinga nirwayar.

Buat masa ini, mesin basuh ini hanya  menyokong sejumlah rekabentuk fon telinga nirwayar sahaja. Bagi anda yang  berminat boleh menyemak projek ini di Kickstarter hari ini.