MB: Selangor rancang bina muzium hargai karya seni

2 Apr 2021 • 8:41 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

AMPANG, 2 APRIL: Sebuah Muzium Seni Moden (Modern Art Museum) sedang dirancang dibina di Selangor dalam menghargai karya seni.

Dato’ Menteri Besar berkata negeri itu ada menerbitkan beberapa karya menerusi penulisan dan ia akan dipamerkan di muzium berkenaan nanti.

“Kita di Selangor memang mengalu-alukan dan menghargai. Kita menerima karya… Negeri Selangor kita terbitkan beberapa karya menerusi penulisan dan juga kita akan membuat satu muzium yang dinamakan Selangor Modern Art Museum,” katanya dalam program Temu Anwar di Hotel Flamingo di sini, malam tadi.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pihaknya juga berbincang dengan beberapa pihak untuk menjadikan Selangor sebagai tempat latihan dan penggambaran filem bertaraf dunia.

“Kita yakin dunia ini bukan dibentuk dengan bakul-bakul makanan sahaja, bukan dasar polisi yang hebat, bukan dengan sebab pelaburan tetapi bangsa kita, negara kita, jiwa kita juga dibangunkan dengan seni budaya yang menjadikan kita lebih matang, bertamadun dan bertanggungjawab,” katanya.

The post MB: Selangor rancang bina muzium hargai karya seni appeared first on Selangorkini.