Nokia Juga Memberikan Kemaskini Tiga Versi Android Pada Peranti Mereka

TechnologyDigital
9 Apr 2021 • 10:17 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bermula dengan Google, diikuti oleh Samsung dan OnePlus kini Nokia pula menyusul untuk memberikan sokongan tiga versi sistem operasi Android pada peranti keluaran mereka. Pada waktu hanya Nokia X20 dan X10 akan diberikan sokongan 36 bulan dalam bentuk sistem operasi dan tampalan sekuriti. Empat lagi peranti iaitu G20,G10, C20 dan C10 tidak diberikan layanan yang sama.

image is not available

Sokongan versi Android yang lebih lama ini akan memberikan keyakinan kepada pengguna bahawa peranti yang dibeli akan sentiasa selamat digunakan. Pengguna semakin cakna bahawa tanpa kemas kini yang kerap, pelbagai kerentanan yang wujud boleh mengakibatkan data dan maklumat sulit tertiris ke arena web.