“Hey what’s up guys…” – Khairul Aming Kini Kembali Dengan ‘30 Hari 30 Resepi’

13 Apr 2021 • 4:15 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Siapa yang tak kenal Khairul Aming kan? Setiap kali tibanya bulan Ramadan, dia pasti akan kembali dengan resepi masakan pada setiap hari.

Melalui posting yang telah dikongsi di laman Instagram miliknya semalam, dia tampil memberi ‘teaser’ kemunculannya untuk ‘30 Hari 30 Resepi’ tahun keempat.

View this post on Instagram

A post shared by Khairul Amin Kamarulzaman (@khairulaming)

Siri yang ditunggu-tunggu pada setiap tahun itu mempertontonkan pelbagai jenis juadah yang disediakan untuk berbuka puasa. Visual ‘Sambal Nyet Berapi’ yang menjadi rebutan ramai turut diselitkan dalam klip video tersebut.

Personaliti media sosial Khairul Amin Kamarulzaman, 28 menerusi penulisan di postingnya menerangkan bahawa dia kini telah kembali dengan siri masakan kegemaran ramai itu.

image is not available
Foto: IG Khairul Aming

“Resepi baru setiap hari sepanjang Ramadan. Jumpa anda esok.”

Kongsi resepi minuman untuk hari pertama berpuasa

Bersempena dengan hari pertama berpuasa hari ini, Khairul Aming telah memuatnaik sebuah video yang memperlihatkan resepi empat jenis minuman di laman Instagramnya.

View this post on Instagram

A post shared by Khairul Amin Kamarulzaman (@khairulaming)

Perkongsian tersebut telah mendapat hampir 600,000 kali tontonan hanya dalam masa satu jam.

“Takut keliru ja ni azan asar dengan maghrib satgi..”

Video tersebut telah mendapat respon yang positif daripada para penonton. Pelbagai reaksi menarik diberikan oleh netizen yang setia menunggu siri tahunan itu.

image is not available

image is not available

Jangan terlepas untuk sentiasa bersama resepi yang dikongsi oleh Khairul Aming pada setiap hari di sepanjang bulan puasa ini!