Pemergian Putera Philip: Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah

9 Apr 2021 • 10:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada Ratu Elizabeth II dan kerabat diraja Britain atas kemangkatan Putera Philip.

Putera Philip, suami kepada Ratu Elizabeth II meninggal dunia di Istana Windsor pada Jumaat ketika berusia 99 tahun.

Perkara itu dimaklumkan menerusi Twitter The Royal Family.

"Dengan dukacitanya, baginda ratu mengumumkan kematian suaminya, Duke Of Edinburgh, Putera Philip.

"Putera Philip meninggal dunia di Istana Windsor," menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Ratu Elizabeth II.

ARTIKEL BERKAITAN: Putera Philip meninggal dunia

AKAN MENYUSUL