Facebook Mula Menguji Hotline Dengan Ciri Mirip Clubhouse

TechnologyDigital
9 Apr 2021 • 3:17 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Aplikasi paling tular dan eksklusif pada waktu ini ialah Clubhouse dengan cirinya mula ditiru pada platform lain. Sungguhpun telah ditiru, Clubhouse masih diberikan anggaran nilai sekitar RM16 bilion dengan Twitter dilaporkan pernah ingin mengambil alih.

image is not available

Semalam Facebook menerusi sayap New Product Experimentation (NPE) mereka telah melancarkan Hotline yang merupakan klon Clubhouse mereka. Pengguna Hotline boleh memasuki bilik untuk melakukan perbincangan mengenai pelbagai topik secara terbuka. Perbincangan adalah dalam bentuk audio dan juga video sekiranya kamera diaktifkan.

Satu lagi perbezaan pada Hotline ialah kesemua sesi perbincangan di Hotline akan dirakam bagi memudahkan kandungan dieksport sebagai podcast sekiranya diperlukan. Ia juga hanya boleh diakses menerusi pelayar web sahaja pada waktu ini dalam bentuk Beta kepada pengguna yang tertentu di Amerika Syarikat setakat ini.