Sejumlah Perkhidmatan Maybank Tidak Boleh Diakses Sementara Pada 3 April Ini

TechnologyDigital
1 Apr 2021 • 10:44 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Maybank hari ini memaklumkan bahawa sejumlah perkhidmatan utama mereka akan tergendala pada 3 April 2021 (Sabtu). Perkara berkenaan dikongsi oleh pihak Maybank menerusi hantaran di beberapa media sosial rasminya termasuk Facebook dan Twitter. Antara perkhidmatan yang terlibat adalah seperti tersenarai di bawah :

  • Maybank2u & pembayaran atas talian
  • Aplikasi Maybank2U
  • Aplikasi MAE
  • Aplikasi QRPay Biz
  • Aplikasi Maybank Wealth
  • Pembayaran FPX
  • Transaksi kad debit
  • Mesin ATM
  • Mesin Smart Recycler Machine (SRM)
  • Mesin deposit cek

Untuk makluman, kesemua perkhidmatan yang tersenarai tidak dapat diakses di antara jam 11:30 – 11:59 malam pada hari berkenaan. Justeru, pihak Maybank menasihati orang ramai untuk melakukan sebarang transaksi lebih awal bagi mengelakkan sebarang masalah sepanjang tempoh tersebut. Pihak Maybank turut memohon maaf atas kesulitan serta masalah yang berlaku. Sekiranya ada sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung terus ke emel : mgcc@maybank.com.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved