Nash cedera terbabit kemalangan di lebuh raya

Entertainment
21 Apr 2021 • 3:03 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

PENYANYI  legenda tanahair, Datuk Jamaludin Elias, atau lebih dikenali sebagai Nash mengalami kecederaan selepas kenderaan yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 250.8 Lebuhraya Utara-Selatan arah Utara pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, dalam kejadian lebih kurang jam 4 petang itu, mangsa yang merupakan vokalis kumpulan Lefthanded dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur.

“Siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Harrier yang dipandu oleh pemandunya melanggar lopak air, menyebabkan kenderaan tersebut hilang kawalan lalu terbabas melanggar tembok penghadang jalan di sebelah kiri lebuh raya.

“Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan luka di muka dan sakit dada, manakala pemandunya yang berumur 33 tahun, mengalami kecederaan luka-luka ringan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Kes disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59 dan siasatan lanjut masih diteruskan.

 

(OLEH: WARTAWAN SINAR HARIAN – SARINAH MAT KASIM)

The post Nash cedera terbabit kemalangan di lebuh raya appeared first on .

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved