PKPB Selangor dilanjut hingga 7 Mei

27 Apr 2021 • 5:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 27 APRIL: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor yang dijadual berakhir esok dilanjutkan sehingga 7 Mei.

Menteri Kanan (Keselamatan) berkata arahan sama turut dikuatkuasakan di Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang dan Sarawak.

“Manakala Perlis, Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Putrajaya dan Labuan berstatus PKP Pemulihan.

“Ia berkuat kuasa pada 29 April sehingga 17 Mei kecuali Sarawak pada 27 April hingga 17 Mei,” kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media hari ini.

BERITA LANJUT MENYUSUL

The post PKPB Selangor dilanjut hingga 7 Mei appeared first on Selangorkini.