Kes Covid-19 sedikit meningkat, tujuh kluster baharu

14 Apr 2021 • 5:07 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 14 APRIL: Jangkitan baharu Covid-19 sedikit meningkat hari ini dengan 1,889 kes dan Selangor merekodkan bilangan tertinggi iaitu 517 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah itu menjadikan kes keseluruhan wabak ialah 365,829 kes.

“Terdapat tujuh kluster baharu direkodkan, sementara 10 kluster tamat menjadikan jumlah keseluruhan kluster ialah 1,485.

“Manakala 1,485 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan pulih 347,780,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Beliau berkata sebanyak lapan kematian melibatkan tujuh warganegara dan satu warga asing.

“Seramai 204 individu ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) sementara 79 kes memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

image is not available

The post Kes Covid-19 sedikit meningkat, tujuh kluster baharu appeared first on Selangorkini.