Masjid, surau di Gombak dapat RM400,000 semarak Ramadan

9 Apr 2021 • 8:23 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

GOMBAK, 9 APRIL: Kerajaan Selangor memperuntuk sebanyak RM400,000 kepada masjid dan surau sekitar Gombak sempena program Ihya Ramadan tahun ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata setiap masjid menerima dana berjumlah RM10,000 sementara RM5,000 diagihkan kepada surau.

image is not available
Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika program serahan sumbangan Ihya Ramadan kepada masjid dan surau DUN Hulu Kelang di Masjid Al Khairiah AU3 Keramat, Gombak pada 9 April 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Kita beri sumbangan ini untuk mereka gunakan pada bulan Ramadan bagi aktiviti yang dirancang dan ia dapat meningkatkan kehadiran jemaah.

“Saya percaya sumbangan ini dapat menghidupkan suasana dan menyemarakkan aktiviti Ramadan nanti,” katanya ditemui di Masjid Al Rahimah, Greenwood di sini.

Sebelum itu, Dato’ Menteri Besar menyerahkan sumbangan di Masjid Al Khairiah, AU3 bagi mengimarahkan program keagamaan sekitar Hulu Kelang .

Amirudin berkata program tersebut turut dirancang di daerah lain sepanjang Ramadan, termasuk jelajah bazar dan solat tarawih di masjid terpilih.

The post Masjid, surau di Gombak dapat RM400,000 semarak Ramadan appeared first on Selangorkini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved