Rekaan Samsung Galaxy S21 FE 5GTertiris – Nampak Sama Spesifikasi Berbeza

TechnologyDigital
11 Apr 2021 • 11:43 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung telahpun mengatakan lebih banyak peranti FE akan dilancarkan selepas ini bagi menawarkan spesifikasi setaraf mercu tetapi pada harga lebih mesra dompet dengan kemasan plastik. Hari ni rekaan Samsung Galaxy S21 FE 5G telahpun tertiris menerusi akaun Voice @onleaks.

image is not available

Seperti yang berlaku tahun lalu, S2 FE 5G mengekalkan rekaan utama dari siri S21 tetapi dengan beberapa perubahan kecil pada spesifikasi. Ia dijangka akan hanya hadir dengan penawaran 8GB RAM dan storan 128GB yang lebih kecil berbanding siri S21 utama tetapi skrin 6.4″ SAMOLED yang lebih besar (S21 dilengkapi skrin 6.2″.

image is not available

Panel belakang juga besar kemungkinan diperbuat daripada bahan polikarbonat seperti pada S21. Bonggol kamera kini juga plastik yang bersambung pada panel belakang. Pada siri S21, bonggol kamera logam bercantum dengan bingkai logam.

Tahun lalu S20 FE 5G adalah antara peranti kegemaran kami kerana menggunakan cip Snapdragon, harga yang kompetitif serta tidak menawarkan pelbagai ciri tambahan yang tidak berapa digunakan.