Honor V50 Akan Dilancarkan Mei Ini Dengan Rekaan Mirip Huawei P50

TechnologyDigital
20 Apr 2021 • 2:58 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Honor telah bergerak sebagai syarikat tersendiri selepas dijual oleh Huawei demi memastikan kelangsungan perniagaan selepas kekangan ekonomi yang dikenakan oleh Amerika Syarikat. Sejak bebas mereka kini kembali boleh berurusan dengan Google dan membeli cip dari Qualcomm. Sekata ini hanya siri Honor V40 telah mereka lancarkan.

image is not available

Seterusnya mereka akan melancarkan pula peranti Huawei V50 pada Mei hadapan menurut laporan GSMArena yang mendapat akses kepada poster pelancaran produk. Yang menarik perhatian ialah jelas menunjukkan rekaan lensa utama yang amat besar pada bahagian atas. Bonggol yang digunakan pula mirip dengan imej pengolokan Huawei P50 Pro yang tertiris sebelum ini.

image is not available

GSMArena juga meniriskan lakaran peranti yang nampaknya hanya dilengkapi tri-kamera utama dengan aksesori tambahan. Mungkin ia lensa tambahan yang boleh dipasang pada lensa utama yang amat popular di kalangan peminat fotografi mudah alih. Kehadiran semula Honor dengan GMS masih dinantikan di Malaysia. Kita hanya bolhe berharap Honor V50 ini akan menjadi peranti tersebut.