Putrajaya lulus cadangan naik taraf status MDKS kepada perbandaran

3 Apr 2021 • 9:46 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 3 APRIL: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meluluskan cadangan Kerajaan Negeri menaikkan status Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) kepada perbandaran.

Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Nor Azmie Diron berkata keputusan itu dipersetujui Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada 3 Mac lalu.

“Sukacita dimaklumkan Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya bertarikh 3 Mac 2021 bersetuju dengan cadangan Kerajaan Selangor untuk menaik taraf MDKS kepada Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS).

“Saya mewakili Kerajaan Selangor merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada warga kerja MDKS atas kejayaan yang amat bermakna ini,” katanya dalam surat bertarikh 31 Mac.

Beliau juga meminta Yang Dipertua MDKS Rahilah Rahmat membuat persiapan serta mengambil tindakan lanjut berkaitan proses pewartaan dan pengisytiharan itu mengikut peruntukan undang-undang.

The post Putrajaya lulus cadangan naik taraf status MDKS kepada perbandaran appeared first on Selangorkini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved