Berterusan hingga lepas Aidilfitri! Rentas negeri hujung minggu hanya untuk kecemasan, kematian dan PJJ

20 Apr 2021 • 2:21 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

TIDAK lama lagi, kita akan menyambut 1 Syawal yang indah setelah sebulan berpuasa.

Namun, nampaknya tahun ini kita terpaksa sekali lagi merasai sambutan Hari Raya Aildilfitri di kota raya tanpa pulang ke kampung halaman.

Ini berikutan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengatakan pihaknya hanya akan meluluskan pergerakan rentas negeri pada Isnin hingga Khamis sahaja dengan enam alasan yang dipertimbangkan.

Alasan itu melibatkan membabitkan tujuan pekerjaan, kecemasan dan kematian ahli keluarga terdekat, perubatan, pendidikan serta menemui pasangan jarak jauh.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, langkah mengetatkan syarat permohonan itu diambil susulan peningkatan kes baharu positif Covid-19 sejak lima hari lalu.

Katanya, permohonan untuk pergerakan pada hujung minggu tidak akan diluluskan selain hal kecemasan, kematian dan pasangan jarak jauh (PJJ).

“Hanya enam alasan dipertimbangkan untuk diberi kelulusan dan pemohon hanya boleh merentas negeri pada Isnin hingga Khamis sahaja.

“Permohonan pergerakan rentas negeri bagi tujuan sosial seperti menghadiri kenduri perkahwinan dan apa-apa jenis majlis atau jamuan dilarang,” katanya dalam satu kenyataan.

image is not available

Kata Acryl Sani, ia berterusan sehingga selepas Aidilfitri dan mana-mana pihak yang ingkar akan diambil tindakan tegas.

“Semua ketua polis daerah (KPD) dan pasukan pemantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) akan digerakkan ke lapangan bagi menangani isu ketidakpatuhan SOP masyarakat di bazar Ramadan dan pasar malam.

“Sekiranya didapati SOP tidak dipatuhi, PDRM akan mengemukakan saranan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya aktiviti perniagaan di kawasan terbabit dihentikan,” tegasnya.

image is not available

Justeru, sama-samalah kita mendoakan kes jangkitan Covid-19 ini akan berkurangan serta sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan demi memutuskan rantaiannya.

Moga kita semua juga tabah dan sabar mengharungi dugaan Aildilfitri di rantauan.

The post Berterusan hingga lepas Aidilfitri! Rentas negeri hujung minggu hanya untuk kecemasan, kematian dan PJJ appeared first on .