Sultan berkenan terima zakat niaga RM37.44 juta

17 Apr 2021 • 5:08 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 17 APRIL: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor semalam berkenan menerima zakat perniagaan berjumlah RM37.44 juta daripada dua syarikat.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menerima zakat sebanyak RM27.71 juta daripada Lembaga Tabung Haji manakala selebihnya dari Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara.

Baginda diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dalam penyerahan yang berlangsung di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Turut berangkat, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Selesai majlis, baginda bertiga berkenan menunaikan solat maghrib, isyak dan tarawih secara berjemaah di masjid tersebut.

The post Sultan berkenan terima zakat niaga RM37.44 juta appeared first on Selangorkini.