Realme 8 5G Akan Menggunakan Cip MediaTek Dimensity 700

TechnologyDigital
12 Apr 2021 • 12:58 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Realme 8 dengan cip MediaTek Helio G95 baru sahaja diperkenalkan di India sekitar bulan Mac yang lalu. Terkini, jenama ini dilihat berkongsi perancangan baharu untuk hadir dengan penawaran Realme 8 dalam variasi 5G pula. Rekaan dan sejumlah spesifikasi padanya juga telah mula diperlihatkan menerusi poster dan video promosi tertiris.

image is not available

Spekulasi awal mengatakan peranti ini berkemungkinan besar hanyalah Realme V13 5G yang dijenamakan semula. Menguatkan lagi spekulasi itu apabila elemen rekaan dan beberapa spesifikasi padanya amat mirip dengan peranti yang dimaksudkan.

Melaluinya, Realme 8 5G dilihat tidak lagi menampilkan kemasan slogan Realme – Dare To Leap pada panel belakang. Di samping itu, ia juga akan dilengkapi skrin dengan kadar segar semula 90Hz, cip MediaTek Dimensity 700, sistem tri-kamera di belakang bersama sensor utama 48-Megapixel dan bateri 5000mAh.

image is not available

Realme 8 5G akan dilancarkan di Thailand pada 21 April hadapan. Seperti biasa, penawaran lebih lanjut bakal terjawab ketika pelancaran rasmi kelak.