MBI agih RM2.5 juta bantu penduduk miskin sepanjang Ramadan

9 Apr 2021 • 5:22 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 9 APRIL: Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) memperuntuk sebanyak RM2.5 juta bagi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) sepanjang Ramadan.

Ketua pegawai eksekutifnya berkata sebanyak RM1.5 juta diagihkan untuk program ihya Ramadan sementara baki disalurkan kepada masjid dan surau negeri ini.

“Bagi ihya Ramadan, kita fokus membantu golongan berpendapatan rendah (B40) dan anak yatim.

“Kita juga akan jelajah ke seluruh daerah untuk menyerahkan sumbangan kepada masjid dan surau sepanjang April dan Mei ini,” kata Norita Mohd Sidek kepada Selangorkini.

Beliau ditemui pada program Marhaban Yaa Ramadan anjuran MBI di Dewan Raja Muda Musa di sini, yang turut disertai pendakwah terkenal Ustaz Don Daniyal Don Bijayid.

Norita menambah pemerbadanan itu memperuntuk sebanyak RM29.9 juta keseluruhannya bagi melaksana program CSR sepanjang tahun.

“Jumlah berkenaan sama setiap tahun dan jika rezeki kita lebih murah, sudah tentu akan dikongsi dengan semua,” katanya lagi.

The post MBI agih RM2.5 juta bantu penduduk miskin sepanjang Ramadan appeared first on Selangorkini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved